Posts

PILOT

Assalammualaikum wbt. Salam Sarawak Segulai Sejalai.  Salam Sarawak Maju Makmur. Timbul idea untuk wujudkan blog sendiri, hanya sekadar untuk melontarkan pendapat dan perkembangan aktiviti atau program yang saya terlibat secara lansung mahupun tidak. Ruang blog ini sebagai pengganti kepada laman muka buku (Facebook) saya yang telah digantung (Suspended) sebanyak dua (2) kali. Akaun facebook saya ( Nama akaun : Mohd Tarmizi Mohamad Ali ), yang pertama telah mencecah jumlah rakan sebanyak sebanyak 5,700 rakan termasuk pengikut, telah digantung pada bulan september 2024. Tidak lama selepas itu saya cuba wujudkan semula akaun facebook yang baru ( Nama Akaun : Tai Namoku ), baru mencecah jumlah rakan dalam 350 orang, juga turut di gantung. Punca akaun facebook saya digantung masih dalam tanda tanya. Samada ianya memang menyalahi polisi dan undang-undang yang dibawah Meta atau ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja membuat laporan terhadap saya. Bagi saya, biarlah untuk temp...